Sekolah Rendah dan Menengah
SK, SJK, SMK dan sekolah lain
RM799/tahun
Cuba percuma 14 hariUntuk guru dan pentadbir sekolah KPM
Isi buku laporan dan kehadiran terus dari telefon sebaik sahaja perjumpaan selesai. Ketua Unit semak, GPK sahkan. Tiada lagi fail yang perlu dikejar di bilik guru.
Harga
Berapa ramai pun guru dan murid, harganya tetap sama. Semua ciri boleh digunakan.
SK, SJK, SMK dan sekolah lain
RM799/tahun
Cuba percuma 14 hariSKPK dan SMPK
RM490/tahun
Cuba percuma 14 hariModul PBD sedang disiapkan. myPBD akan digabungkan ke dalam edu365. Buat masa ini, sekolah boleh terus guna mypbd.my.
Sekolah boleh minta sebut harga dan invois untuk urusan kewangan kerajaan atau PIBG. Bayaran terus melalui FPX dan kad sedang disiapkan. Kalau sekolah tidak meneruskan langganan, guru masih boleh membuka dan memuat turun data selama 90 hari.
Ciri
Tekan untuk baca lebih lanjut.
Tiada lagi kumpul RPH melalui WhatsApp atau e-mel. Guru hantar RPH terus dalam edu365; Google Classroom dan Drive sekolah bekerja di belakang tabir.
Guru tulis aktiviti, Sivik 15 minit dan catatan, kemudian hantar. Ketua Unit semak dan GPK sahkan. Laporan boleh dicetak dalam satu muka surat A4.
Semua murid sudah ditanda hadir. Guru cuma tukar murid yang tidak datang dan pilih sebabnya. Murid yang mewakili sekolah tetap dikira hadir.
GPK tetapkan tarikh perjumpaan, termasuk tarikh yang berulang setiap bulan. Sekolah juga boleh beri Ketua Unit mengurus takwim unit sendiri.
Lihat peratus kehadiran setiap murid dan setiap perjumpaan, perbandingan bulan ke bulan, pecahan ikut kelas dan jantina, serta murid yang perlu diberi perhatian.
GB dan GPK terus nampak laporan yang belum dihantar, kehadiran setiap unit dan perjumpaan yang ketinggalan. Warna hijau, kuning dan merah menunjukkan unit mana yang perlu dibantu.
Guru log masuk dengan akaun DELIMa. Setiap tambahan, pindaan dan padaman direkodkan dengan nama guru dan tarikh, dan rekod yang terpadam boleh dipulihkan dalam masa 30 hari.
Cara guna
Daftar dengan akaun DELIMa. Disarankan kepada Guru ICT atau GPK.
Tambah e-mel guru, kemudian muat naik fail Excel murid daripada MOEIS.
Guru isi laporan menggunakan apa jua peranti: iPhone, telefon Android, iPad, tablet Android, komputer Windows atau Mac.
Ada soalan?
Disarankan kepada Guru ICT atau GPK, dengan akaun DELIMa. Guru yang mendaftar akan jadi Pentadbir Sekolah dan boleh melantik pentadbir lain kemudian.
Tidak perlu. Buka sahaja edu365 di pelayar telefon atau komputer, kemudian log masuk dengan akaun DELIMa.
Rekod laporan dan kehadiran disimpan melalui Google Cloud di Singapura. Gambar, dokumen dan RPH akan disimpan terus dalam Google Drive sekolah sendiri. Salinan sandaran dibuat setiap malam (disimpan 30 hari) dan setiap bulan (disimpan 12 bulan). Semua data tetap milik sekolah.
Tidak. Kami hanya boleh buka data sekolah jika Pentadbir Sekolah beri kunci bantuan, paling lama 7 hari, semasa sekolah minta bantuan. Semua yang kami buat tercatat dalam jejak audit sekolah.
Kalau sekolah teruskan langganan, semua data dikekalkan. Kalau tidak, guru masih boleh buka dan muat turun data selama 90 hari sebelum data dipadam. Kami akan e-mel peringatan 30 hari dan 7 hari sebelum itu.
Tidak. edu365 ialah fail meja digital untuk urusan unit di sekolah. Markah PAJSK dan penarafan SK@S tetap diisi dalam sistem KPM. edu365 membantu mengumpul eviden yang diperlukan.
Percuma 14 hari dengan semua ciri. Tidak perlu kad bank.